PANGGGG
Wednesday, January 28, 2009 | Labels: Cerita Lawak | |mgkn da ade yg baca kot....layan je lahh...
“Abang ni pakai tu elok-elok la sikit,”kata Balqis lembut sambil membetulkan pakaian Nik Sukri. Nik Sukri tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,”Nik Sukri mencubit pipi Balqis lembut. “Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni,”Balqis hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. “Abang dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Nik Sukri berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan dari KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Balqis “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Nik Sukri berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Nik Sukri menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Nik Sukri semakin seronok. Nik Sukri dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Nik Sukri cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Nik Sukri masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Balqis terjaga dari tidurnya. “Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa…jangan laju sangat bang, Balqis takut.” Balqis cuba memujuk Nik Sukri supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Balqis? tak ada apa-apa,” Nik Sukri terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was. “Haaa…kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Nik Sukri setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha…tu ada satu lagi bas ekspres. Balqis tengok abang motong dia aaa… “Nik Sukri terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Nik Sukri terus membelok ke kanan untuk memotong dan…di depannya tersegam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan…BANG!!
“Nik Sukri…bangun Nik,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Nik Sukri membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Balqis mak? Macamana dengan Balqis mak? Farah, Adi… mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Nik Sukri menyoal emaknya. Nik Sukri tak dapat menahan kesedihannya lagi. Nik Sukri menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Nik Sukri tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Nik Sukri mak, Balqis?” Nik Sukri masih terus menangis.
PANGGG!! Kepala Nik Sukri yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Nik Sukri terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? “Banyak la engkau punya isteri! Kerja pun malas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pergi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar… …Dan Nik Sukri tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!! Sekian…
Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.
nipu gle KL-tangkak 4 jam. hahah. duk blakang lori balak ke ap?? adeh hahaha.
hahah kene paham nin...
tangkak jemmmmm wakaka
moral of the story...
jgn byk berangan sblm tdo..
bru btol...
hehehehe