MAMA!!! SEX TU APE??

Wednesday, January 28, 2009 | Labels: | |


Suatu pagi seorang anak perempuan yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada mamanya,

"Mama, mama..sex tu apa, mama?"

Terkulat-kulat si ibu. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ibu mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.

Maka si ibu pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak,hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan..

Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ibu menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan suaminya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu.

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ibu kehairanan.

'Eh kenapa ni?"

Si ibu bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

"Jawapan mama tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek.Mama ajalah yang tulis, waaaaa!!!!'

Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.....

NAME : ..................................
SCHOOL : .................................
CLASS : ..................................
SEX :...................................

Moral of the story: THINK SIMPLE?.. hehehehe

4 komen:

  1. Anonymous says:

    huhuhuh...nie kes bahya nie..bleh dikategorikan dlm pencemaran bau nie...

  2. Anonymous says:

    Good blog.
    Portugal

  3. K...J... says:

    moyang aku pun pnah kene pnyakit neh, ptutlah dyr bwat selambe dek jew. heheehehehhe. rahsia terbongkr

  4. K...J... says:

    pas neh ak nak bwat camneh gak laaaa